Blogger Backgrounds

StalKer Yang SudaH MeNjenGuk Blog CornetOmeto iaLah...


si PEnULiS cOmeL iaLah ELySsA

si  PEnULiS  cOmeL iaLah ELySsA

cornetometo yg comell!!!!!!

cornetometo yg comell!!!!!!
berakhir sudah pencariAN CintaKu.. ^_*

* jOm iKoT ELyssA menGhiTung HaRi !!! (*_*)

moshi-moshi to my cornetometo
if u like it juz be my followers...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers








Thursday 10 May 2012

from boyfie to gurlfie....


KISAH BENAR :

ROH TEMAN LELAKI DATANG DALAM MIMPI

Dering handphone ku berbunyi sejurus seusai melakukan solat maghrib tadi,jam 07.40 pm.. pantas ku bangun dan menekan butang hijau handphone Lumia Nokia ku, terdengar di hujung panggilan suara serak basah bercampur dengan tangis menerjah ke telingaku, “ Assalamualaikum ustaz, Maaf ganggu ustaz waktu maghrib ni tapi.., Ustaz kot mana pun, ustaz kena gak tolong saya,….”

Waalaikumussalam, Siapa ni ? aku bertanya .. saya ……………………… “ owh okay, sabar ya adik, cuba bagitau apa yang us kena tolong ni? … “ aku cuba ingin mendapatkan kepastian, hatiku mulai berdebar apakah gerangan pertolongan yang di inginkanya … Ustaz, saya kena kacau ustaz… jawabnya perlahan .. adik kena kacau camna tu? … Tanya aku keliru …

"Tiap Malam saya kena kacau ustaz.. jawabnya seakan tertekan.." "kena kacau dengan jin ka? Ustaz bagi no.fon us sham okay…" aku cuba meyakinkan dia bahawa ada orang lain yang boleh menolongnya, Us Shamsul, Bilal Masjid yang terkenal dengan Ilmu perbomohannya..

“Ustaz, tak perlu rasanya kot, kalau saya cerita kat ustaz, Ustaz boleh bantu saya ka ustaz? Ustaz jangan terkejut kalau saya cerita perkara sebenaq ya ustaz….” Kata-katanya membuatkanku terkesima seketika…

“erm, Insya-Allah dengan Izin Allah… silakan” Ustaz, .. dia memulakan bicaranya …. "Sebenaqnya saya ada pakwa (teman lelaki), baru-baru ni dia baru ja terlibat dengan kemalangan dan dia meninggal dunia ustaz, … “ dia tersedu seketika …perbualan terhenti.. aku hanya mendiamkan diri … lantas aku berkata, “Allah lebih sayangkan dia, lagi apa seterusnya …” aku mula menyambung bicara yang agak lama terputus ..

“Ustaz, hampir seminggu dia pergi dan saya sangat sedih dan tak dapat terima kenyataan sebab dia p mengejut camtu,… tapi satu perkara yang membuatkan saya rungsing sekarang, saya kena kacau ustaz, tiap-tiap malam saya kena kacau,…” "kena kacau? Maksud adik? “.. aku masih keliru…

“Ustaz tau dak saya mimpi arwah pakwa (teman lelaki) saya mai dalam keadaan mengerikan, takut saya .. kepala dia pecah, darah yang banyak …. Penuh darah kat kain kapan dia, saya mimpi dia mai dok depan bilik saya berdiri dengan keadaan camtu,… saya takut ustaz, bukan setakat tu saja, saya pernah mimpi yang dia kena siksa, dia dipaksa minum larva besi yang tengah mendidih dan saya nampak berkecai mulutnya, kemudian jadi semula,… saya meronta-ronta nak tolong dia tapi saya takut ustaz… sebab dahsyat sangat penyiksaan tu, pernah juga saya mimpi dia kena sula dengan besi yang panas,dia menjerit minta tolong kat saya… saya takut ..saya terkejut … " tiap-tiap malam saya akan mimpi hampir benda yang sama, ... "

"..ustaz, tadi saya ada terbaca ustaz post kat facebook pasal akibat mencuri kain kafan, saya nak bertaubat macamtu jugak ustaz,…. Tolongla saya ustaz…”... seakan terdesak meminta harapan... "Adik,…. adik tahu tak kenapa jadi macam ni? ..”

Soalan aku yang menjadi seribu persoalan … agak lama juga dia mendiamkan diri …

“ adik, adik… percayalah pada ustaz, ustaz akan cuba bantu … “ kata-kataku yang cuba ingin membantu …

"...Ustaz, saya rasa ni semua ada kaitan saya dengan dia, .. “

"...teruskan lagi dik …” Kataku ..

"..Saya amat sayangkan dia dan begitu juga dengan dia, kami dah janji akan kawen nanti bila habis diploma ni, kami tak ubah macam laki bini, kalau hujung minggu kami akan keluaq p overnight kat penang, kat situlah kami akan beradu asmara, dia selalu #@$%@ dengan saya, saya rasa mulanya bersalah tapi dia kata saya tak perlu risau sebab kami dah jadi laki bini pun Cuma tak rasmi saja .. dan saya pernah hamil, dialah yang beli ubat untuk gugurkan janin tu, dah dua kali saya gugurkan kandungan,.."

"… dia selalu peluk dan cium saya terkadang kat kedai depan U….. selalu gak kat belakang foodcourt, ada gak yang perasan tapi kami buat Dono ja …. Kalau nak cerita kat ustaz memang panjang, satu perkara yang saya nak gtau ustaz kami selalu nonton video #@$%*, pastu kami buat sama-sama, …. "

"..Ustaz, saya nak berubah, saya takut ustaz… macamana saya nak tolong dia ustaz?? Saya tak reti baca quran pun, semayang pun tak pernah ,.. macamna ustaz?? .."

Aku terdiam dan terkejut besar, sedikit kesal tatkala mendengar mereka yang ku anggap adik dan saudara sendiri begitu jauh menyimpang… jauh dari sangkaanku selama ini ..

“ adik, adik kena bertaubat, adik kena belajar solat, belajar mengaji, mohon ampun kat Allah, ampunkan dosa adik dan dosa dia, adik maafkanlah segala perbuatan yang pernah dilakukan dia bersama adik walaupun adik rela ketika itu tapi perkara itu salah,

"… banyakkan sedekahkan doa, alfatihah … banyakkan istigfar, Allah masih memberi peluang untuk adik bertaubat, ..kita tak dapat bantu dia melainkan dengan membuat amalan-amalan soleh yang disedekahkan pahala amalannya kepada arwah,,., adik, …….. perbualanku disambung lagi …………."


Cerita ini ditulis, sebagai pengajaran, setelah dia meminta untuk ditulis agar menjadi teladan kepada orang lain, dan dia MEMINTA UNTUK DOAKAN ARWAH TEMAN LELAKINYA ITU DIAMPUNKAN ALLAH. AL-FATEHAH

Nasib adik ini baik sebab Allah masih memberi kesempatan kepadanya untuk sedar dan bertaubat, bagaimana pula nasib teman lelakinya yang telah kembali kerahmatullah, bukankah pintu taubat telah tertutup?

Saya tinggalkan anda dengan soalan ini, anda mahu menjadi yang mana? Adik yang menghubungi saya yang masih Allah memberi kesempatan kepadanya lalu dia bertaubat, atau Teman lelakinya yang tidak lagi sempat bertaubat lalu menemui ajalnya yang mengejut? Sama-samalah kita bermuhasabah, sesungguhnya saya dan anda semua sungguh banyak berdosa.

Setiap kali anda berdoa, mohonlah kepada Allah agar Arwah teman lelakinya ini diampunkan Allah. Ameen.

Moga Allah menerima kita sebagai hambanya.
Adielatolara putra 1986

0 1011 follower nk tahu ceciter cornetometo:

Post a Comment

heyllo thanks sudi baca cornetometo....
leave comment ye blogger...
thanks